Sewa Kereta

Syarat-syarat dan Peraturan Penyewaan

Pelanggan/Penyewa bersetuju untuk menuruti syarat dan peraturan seperti berikut untuk sewa kereta kl murah di ampang Bayaran
  • Pelanggan/Penyewa bersetuju dengan harga yang diputuskan dan akan membuat bayaran penuh setelah menerima kereta sewa kl .
  • Segala bayaran hanya diambil SEBELUM kereta sewa diserahkan dan bukannya SELEPAS kereta sewa murah ampang
  • Jika pelanggan/penyewa berhasrat untuk menyambung kadar penyewaan kereta, anda dikehendaki memaklumkan kepada pemilik terlebih dahulu selewat-lewatnya 2 jam sebelum penyewaan tamat.
Kemalangan/kerosakan
  • Pelanggan/penyewa akan menghubungi pemilik sejurus berlaku sebarang kemalangan yang membabitkan kereta yang disewa.
  • Pelanggan/penyewa bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kereta yang disewa dan bersetuju untuk menanggung segala kos baikpulih/kerosakan yang berlaku semasa kereta dalam jagaan/sewaan pelanggan/penyewa.
  • Pemilik tidak akan menanggung apa-apa kos atau membuat tuntutan insurans atas apa-apa kemalangan yang berlaku SEMASA kereta dalam tempoh sewaan pelanggan/penyewa.
  • Pelanggan/penyewa juga bersetuju membayar kadar sewa harian yang biasa sepanjang tempoh kereta dimasukkan ke dalam bengkel.
Saman/kesalahan trafik
  • Pelanggan/penyewa bersetuju bahawa kereta yang disewa tidak akan dipandu dengan tidak mengikut peraturan jalanraya.
  • Segala saman kesalahan trafik yang dilakukan semasa kereta dalam tempoh sewaan pelanggan/penyewa akan ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan/penyewa.
  • Pemilik akan menghubungi pelanggan/penyewa jika ada sebarang saman atau kesalahan trafik yang terbabit.
  • Pemilik akan merujuk nama dan pengenalan penyewa jika tidak menerima apa-apa bayaran berkaitan saman/kesalahan trafik yang dilakukan pelanggan/penyewa.
  • Pemilik juga melarang pelanggan membawa/mengangkut/menghantar apa-apa barang terlarang seperti dadah, senjata api, atau melakukan apa-apa aktiviti terlarang menggunakan kereta pemilik. Jika didapati melakukan sedemikian, pelanggan/penyewa bersetuju untuk dikenakan denda sebanyak RM 2000.
  • Pelanggan/penyewa dilarang sama sekali menggunakan kereta sewa untuk kegiatan jenayah seperti meragut, merompak, mencuri dan sebagainya. Jika didapati melakukan sedemikian, pelanggan/penyewa bersetuju untuk dikenakan denda sebanyak RM 2000.
Lain-lain
  • Pelanggan/penyewa tidak berhak mempertikaikan syarat-syarat yang dipersetujui di atas ke mahkamah jika berlaku sebarang masalah.
1. Mempunyai lesen memandu Malaysia kelas D yang sah. 2. Penyewa /peminjam dilarang melakukan kegiatan jenayah. Jika ingkar laporan polis akan dibuat. 3. Penyewa/peminjam tidak dibenarkan menukar,mengambil sebarang alat ganti terhadap kenderaan yang disewa/dipinjam. Jika ingkar loporan polis dibuat ‘ Kes curi spare-part kenderaan’. 4. Segala tuntutan saman yang dikeluarkan pihak berkuasa adalah tanggungjawab penyewa/peminjam. 5. Sebarang kerosakan kecil atau besar adalah tanggungjawab penyewa/peminjam sepenuhnya. 6. Kenderaan yang disewa/dipinjam hendaklah dipulangkan mengikut masa yang dijanjikan. Jika lewat bayaran tambahan dikenakan. 7. Sekiranya penyewa/peminjam tidak memulangkan kenderaan melebihi tempoh 12 jam tanpa sebarang pesanan/pemberitahuan penyewa/peminjam akan dianggap ‘kes curi kereta’. Laporan polis akan dibuat. 8. Wang deposit minima adalah sebanyak RM 200.00 bergantung kepada jenis kenderaan. Wang deposit akan dipulangkan selepas tempoh 7 hari berkerja, sekiranya tiada rekod saman dan kenderaan dalam keadaan baik seperti sebelum disewa/dipinjam. 9. Penjagaan kenderaan semasa tempoh sewaan/ pinjaman adalah di bawah tanggungjawab penyewa/peminjam sepenuhnya. Jadi diingatkan sentiasa berhati-hati semasa menggunakan kenderaan tersebut. Layari kereta sewa murah kl murah di ampang kereta ampang sekarang